Bukan senang nak tinggalkan yang kita suka buat dulu seperti Ed tinggalkan dunia skate dia untuk berhijrah. It’s not that easy, tahu?
Bila hidayah dah datang ketuk pintu kena laju-laju buka untuk menyambutnya. Takut nanti Allah tak sudi ketuk lagi.
Perit memanglah perit. Dari jahiliyah nak mencari tarbiyah. Kena sacrifice banyak benda. Hilang kawan dan sebagainya. Tapi worth it.
(via thinkerbella)
Terkadang dengan sedikit pertanyaan pun boleh buat seseorang terluka.
Kerana ianya melibatkan ketentuan Dia.
Siapa lah kita nak terus bertanya mengenai hal itu.
Dia merancang kita juga merancang. Tapi sebaik baik perancang adalah Dia.
Hentikan lah dari terus bertanya pertanyaan yang melibatkan ketentuan Dia dan perasaan seseorang.
Jodoh.
Rezeki.
Ajal.
Maut.
Bukan ketentuan kita.
Tapi ketentuan Dia.
- Kita merancang, dan ALLAH juga merancang, Allah lah sebaik-baik perancang (via kakpijah)
(via thinkerbella)
Tuhan,
Saat aku menyukai seorang teman
Ingatkanlah aku bahawa akan ada sebuah akhir
Sehingga aku tetap bersama Yang Tak Pernah Berakhir.
Tuhan,
Ketika aku merindui seorang kekasih
Rindukanlah aku kepada yang rindu cinta sejati-Mu
Agar kerinduanku terhadap-Mu semakin menjadi.
Tuhan,
Jika aku hendak mencintai seseorang
Temukanlah aku dengan orang yang mencintai-Mu
Agar bertambah kuat rasa cintaku pada-Mu.
Tuhan,
Ketika aku sedang jatuh cinta
Jagalah cinta itu
Agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.
Tuhan,
Ketika aku ucap aku cinta pada-Mu
Biarlah kukatakan kepada yang hatinya tertaut pada-Mu
Agar aku tidak jatuh dalam cinta yang bukan kerana-Mu.
Sebagaimana orang bijak berucap
Mencintai seseorang bukanlah apa-apa
Dicintai seseorang adalah sesuatu
Dicintai oleh orang yang kau cintai sangatlah bererti
Tapi dicintai oleh Sang Pencipta adalah segalanya.
(via gadistudunglabuh)
Mencintai seseorang bukanlah segala galanya
(via haneylikestars)
(via thinkerbella)
Dan kadang - kadang,
Kita cuma mampu suruh dia sabar dan sabar.
Apa lagi kita nak cakap?
Yang hadap bukan kita.
Yang rasa pun bukan kita.
Ujian ni datang,
Mungkin sebab kita dah lama leka.
Seronok berfoya-foya.
Seronok gelak ketawa.
Sampai tak ingat DIA.
Nikmat banyak, sampai kita lupa.
Kadang - kadang,
Ujian ni datang sebab nak suruh kita balik kepada-NYA.
Tahu tak apa yang paling rugi saat diuji?
Bukan saat kita hilang segalanya dari ujian ini.
Bukan!
Tapi saat kita gagal kembali kepada-NYA.
Ya.
Rugi besarlah orang-orang yang diuji,
Saat ujian, gagal membuat dia kembali kepada Tuhan-NYA.
(via thinkerbella)
pernah tak berada dlm situasi,
dimana kau berada dlm keadaan terpaksa;
terpaksa melakukan sesuatu dlm keadaan tergesa-gesa?
pernah tak berada dlm situasi,
dimana kau harus memilih;
memilih utk berkata benar dan menyakitkan hati someone,
atau menipu demi menjaga hati someone?
pernah tak berada dlm situasi,
dimana kau tak buat salah apa-apa;
tetapi keadaan menampakkan kau,
punca segala masalah yg timbul?
pernah tak berada dlm situasi,
dimana orang marah kau tanpa ketahui hal sebenar,
yg ternyata hal tu taklah besar mana,
boleh selesai secara baik.
pernah tak berada dlm situasi,
dimana kau harus melupakan someone,
even your heart say NO beratus kali,
but kau kena juga demi kebaikan bersama.
pernah tak berada dlm situasi,
dimana kau tidak diberi kepercayaan melakukan sesuatu,
padahal kau boleh je buat,
cuma tak diberi peluang sebab kurang kepercayaan.
sesungguhnya,
bermacam yg telah aku lalui,
dan menjadikan aku lebih kuat dari semalam.
Tuhan,
engkau Maha Mengetahui tentang apa yg terjadi,
maka pinjamkan aku kekuatan dan sedikit kesabaran
pabila aku menghadapi tiap ujian dari-Mu..
(via lulumimo)
(via thinkerbella)
Luar Memang Nampak Solehah
Luar Memang Nampak Muslimah
Tapi Hakikatnya hanya Allah Yang Tahu
Betapa Kotornya Diri Ini
Hanya Kerana Allah Menutup Aib Diri Ini
Maka Aku Dipandang Hebat Di Mata Manusia
Sedangkan Jika Mereka Tahu Siapa Aku Sebenarnya
Sudah Pasti Setiap Seorang Daripada Mereka Akan Meludah Di Atas Wajah Aku—Astaghfirullahal ‘azim
(via thinkerbella)
“Taubat buat dosa. Taubat buat balik. Kekadang rasa malu dengan Allah. Advice.”
“Innallaha yuhibbuttawwabin, wayuhibbul mutatohhirin. 2:222
Allah suka tawwaabin. Orang yang banyak kali bertaubat. Tawwab tu jamak. Maksudnya banyak kali. Ulang ulang taubat pun tak apa. Allah suka. sebab itu tanda walau banyak mana pun dosa kita, kita masih tetap akhirnya akan kembali memohon keampunan pada Allah. Allahualam.”
(via thinkerbella)
